Tuesday 28 May 2013

Nasi Goreng Nanas

Pada hari ini, saya berpeluang merasai hidangan Nasi Goreng yang disajikan bersama dengan buah nanas, kentang bakar dan ayam sebagai sajian sampingan. Sebagai penghilang dahaga saya memilih minuman jus oren. Ternyata kombinasi hidangan hari ni agak menyelerakan juga walaupun sangat ringkas.Tembikai pula menjadi sajian pencuci mulut pada hari ini.


Hidangan sarapan pagi di Beringgis Beach Resort, Papar.

Monday 27 May 2013

Pertama kali makan Butter Prawn

Ini adalah gambar masakan resepi "Butter Prawn" yang pertama kali saya nikmati pada 25 Mei 2012 di Anjung Selera berhampiran dengan Hotel Hyatt Kota Kinabalu. Rasanya boleh tahanlah juga cuma tak habis dimakan sebab terlampau kenyang. Akhirnya juadah ni terpaksa ditapau untuk dibawa pulang ke rumah.


Mungkin ada di kalangan para penggemar butter prawn yang mempunyai standard tersendiri tentang resepi butter prawn yang lebih sedap dan menarik. Bagi saya pengalaman pertama kali merasai juadah ini sudah cukup mengatakan bahawa ia amat lazat. Namun bagi yang selalu menikmatinya tentu ada hidangan butter prawn yang lebih lazat dan menarik berbanding apa yang saya nikmati kali ini. Boleh kongsi dengan saya ye. 


Resepi Butter Prawn kat Anjung Senja Hotel Hyatt, Kota Kinabalu Sabah.